Pasti ramai yang ingin mengetahui apa yang perlu dilakukan selepas selesai menerima suntikan kedua-dua dos vaksin.

Soalan yang sering berlegar di minda masyarakat ialah perlukah kita memakai lagi pelitup muka selepas selesai mengambil vaksin?

Tidak perlu terburu-buru sebaiknya terus kekal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

Ia memandangkan penyelidikan dan pengeluaran vaksin Covid-19 di seluruh dunia diadakan dalam waktu yang agak singkat dalam usaha untuk mencari penawar dan membendung pandemik.

Prosesnya kurang setahun sedangkan kebiasaannya penyelidikan dan pengeluaran sesuatu vaksin mengambil masa beberapa tahun dengan pemantauan jangka panjang.

Namun, disebabkan keperluan mendesak terhadap vaksin Covid-19, ia perlu dihasilkan segera untuk melindungi nyawa manusia.

Diharapkan rakan-rakan di Malaysia tidak berlengah untuk mendapatkan vaksin yang membolehkan kita kembali mengukir senyuman tanpa perlu berselindung di sebalik pelitup muka dan berada rapat dengan rakan dan sahabat yang kita sayangi.

Justeru, marilah kita mengambil suntikan vaksin, terus mengamalkan SOP dan yakin kepada usaha yang dibuat oleh pakar.

Andai berjaya mecapai ‘herd immunity’, rantaian jangkitan dapat diputuskan untuk kita semua bersama-masa meneruskan kembali kehidupan seperti biasa. – Bernama

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *