Kalaulah Allahyarham Dato’ Onn Jaafar masih hidup, mesti beliau menangis tengok tangan-tangan busuk yang dah hancurkan kredibiliti UMNO, hasil titik peluh, perjuangan dan kebanggaan orang Melayu dulu.

Reputasi UMNO sekarang dah jahanam akibat dipimpin oleh pemimpin kleptokrat seperti Najib dan Zahid.

Pemimpin utama sebuah parti orang Melayu menjadi penjenayah dan menyalahgunakan kuasa demi kesenangan diri.

Kini UMNO tak lagi dipandang tinggi dan tak lagi disokong, malah ramai orang Melayu meluat dengan UMNO yang jelas tak langsung berjuang untuk bangsa dan agama.

Zikir pemimpin UMNO macam Zahid dan Najib hanya berfikir cara untuk melepaskan diri daripada disumbat ke dalam penjara Sg. Buloh je.

UMNO dibawah kepimpinan Najib dan Zahid jelas hanya berjuang untuk kepentingan diri, orang-orang tertentu dan ahlinya saja. Dorang bermati-matian berjuang untuk jawatan, pangkat, memperkayakan diri dan kroni, bagi memenuhkan poket dorang je.

Najib dan Zahid masing-masing sedang berhadapan krisis moral kerana masih dalam perbicaraan pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram di mahkamah.

Ternyata Najib dan Zahid telah membawa kehancuran kepada UMNO dan sekarang UMNO dipandang hina kerana mempunyai seorang presiden dan bekas presiden seperti itu. Sayangnya imej UMNO semakin tercalar dan terus dirosakkan oleh Najib dan Zahid.

https://www.facebook.com/106965597374705/posts/469041514500443/?sfnsn=mo

Dari Page: Milo ke Kopi

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *