Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 42, menyatakan keputusan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai platform politiknya adalah demi masa depan anak dan keluarganya.
“Dah 20 tahun saya jadi selfish. Ya betul, lagu saya dapat sambutan, saya hanya nak puaskan diri saya sahaja. Orang suka okay, tak suka tak apa, janji saya puas hati.
“Bila kita lalui, kita faham ada dunia yang lebih besar dari kita, faktor yang buat kita lebih matang adalah apabila mereka sudah berkeluarga,” kata Altimet.
Penting untuk saya fikir orang lain, masa depan, anak saya….- Altimet
Menurut bekas ahli kumpulan Teh Tarik Crew itu, semakin lama dia merasakan adalah lebih penting untuk memikirkan tentang masa depan serta masa depan anaknya.
“Sebab itu saya lebih peka terhadap perkembangan semasa, negara dan sebagainya,” katanya lagi sebagai menjawab soalan daripada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Sesi Temu Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari, serta penghibur Datuk Afdlin Shauki dan Altimet.
Sebelum ini, Datuk Adflin Shauki mengumumkan untuk menyertai PKR sebagai platform politiknya, selepas pernah berjuang di bawah parti UMNO dan semuanya atas kemahuan dirinya sendiri.