SHAH ALAM – Aplikasi Maybank2u dan laman web Maybank tidak dapat diakses pagi tadi akibat tergendala.

“Sila ambil maklum, laman web dan aplikasi Maybank2u mengalami masalah tergendala secara berkala tetapi aplikasi MAE bereoperasi seperti biasa.

“Pelanggan boleh log masuk ke aplikasi MAE menggunakan ID dan kata laluan Maybank2u sedia ada untuk melakukan transaksi perbankan yang tersedia di aplikasi Maybank2u seperti menghantar wang dan membayar bil,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pengguna, @tsyahill berkata, masalah itu kini kerap berlaku yang mana laman web dan aplikasi syarikat bank itu tergendala.

Seorang lagi pengguna, @FaithR98 melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu.

“Kenapa Maybank offline ketika saya sedang membeli-belah secara online?” katanya. -K! ONLINE

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.