PENGASAS bersama Bersatu, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff umum keluar mengumumkan keluar parti ekoran atas faktor kesihatan.

Rais berkata, beliau menyerahkan surat peletakan jawatannya pada Khamis kerana sudah tidak aktif dalam parti sejak 2020 berikutan prosedur jantung.

“Saya kini lebih fokus untuk membangunkan badan pemikir EMIR Research dan saya akan terus giat meneruskan perjuangan untuk Malaysia yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Rais yang kini adalah presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, sebuah badan pemikir yang memberi tumpuan kepada cadangan dasar strategik merupakan bekas pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Menurut Rais lagi, beliau tidak pernah lari daripada bercakap benar, walaupun kadangkala ia melibatkan hal peribadi.

“Saya menghargai pelbagai tanggungjawab, baik dalam parti mahupun dalam Pakatan Harapan,” tambahnya. — The Star

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *