SEBARANG keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seandainya mengadakan Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) pada tahun ini, berkemungkinan disebabkan tekanan dan desakan daripada pihak tertentu.

Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berkata, PRU15 memang tidak sepatutnya dilakukan tahun ini.

Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berkata, PRU15 memang tidak sepatutnya dilakukan tahun ini.

“Kita memang nampak Barisan Nasional (BN) yang banyak mendesak PRU15 diadakan tahun ini sedangkan parti lain semua tidak setuju.

“Persepsi ini sudah timbul begitu kuat dan ini akan memberi kesan kepada Umno dalam keputusan PRU15 nanti,” katanya.

Untuk rekod, Ahmad Zahid ketika melancarkan Jentera Pemuda BN baru-baru ini dilaporkan berkata, pihaknya sanggup meredah banjir dan hujan lebat jika PRU15 diadakan tahun ini.

Beliau yang juga Presiden Umno menyifatkan isyarat yang diberikan ahli parti supaya PRU15 diadakan dalam masa terdekat ini adalah jelas dan nyata.

Ditanya sama ada keputusan untuk mengadakan PRU15 tahun ini menunjukkan yang Ismail Sabri tunduk terhadap desakan parti, jelas Mujibu, perkara itu sebenarnya lebih daripada apa yang disangka.

“Saya rasa bukan sekadar tunduk sahaja, tetapi ada tekanan dan paksaan yang barangkali sudah tidak boleh dielak sehingga terpaksa melakukan tindakan sebegitu.

“Kita tahu, watikah pilihan raya itu ditandatangani oleh presiden parti dan sebelum ini, memang jelas kelihatan desakan dalam konvensyen BN dan mesyuarat berkenaan PRU15 diadakan tahun ini.

“Malah, pemimpin kanan yang rapat dengan presiden parti juga turut mendesak perkara sama,” katanya.

Tambahnya, lebih baik PRU15 hanya diadakan tahun depan kerana bukan sahaja banjir, tetapi banyak lagi urusan lain yang boleh mengganggu perjalanan pilihan raya kali ini. — Majoriti

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.