Pendedahan Tajuddin Rahman akan mencacatkan imej UMNO, selain berisiko memberi kesan kepada UMNO/BN pada PRU-15.

Implikasi kemelut dalaman melanda UMNO kini antara lain boleh mengakibatkan pengundi terutamanya anak-anak muda cenderung tidak memilih parti itu, pada PRU-15 akan datang.

Pengundi tidak gemar kepada parti yang bertelagah, selain mempunyai pelbagai pilihan lain yang jauh lebih segar dan nyaman seperti PAS/PN yang pasti akan memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat.

Sudah sampai waktunya UMNO tak boleh leka dengan sindrom penafian kerana ia adalah punca utama kekalahan pada PRU-14 selain isu 1MDB. Masalah kecil tetap masalah dan mungkin menjadi parah, selain jangan perlekeh individu tidak senada dengan pemimpin, sebaliknya hotmat dan raikan perbezaan pendapat mereka sebagai suatu amalan demokrasi subur.

Kemelut antara Tajuddin dan Ahmad Zahid ini bukan sahaja memberi masalah kepada UMNO, sebaliknya bagi ekosistem di luar parti. Trebentuk kini dalam pemikiran rakyat bahawa UMNO asyik bergaduh dan ia tidak menguntungkan mereka.

Kemelut berterusan dalam kalangan pemimpin UMNO akan mewujudkan pelbagai kesan rantaian, dan tempiasnya bakal dirasai sekurang-kurangnya sehingga pemilihan parti berkenaan.

Keadaan itu, akan mewujudkan amalan saling membuka pekung dan londeh melondeh antara pemimpin yang bertanding pada pemilihan UMNO, selain memberi impak kurang baik kepada individu tidak senada dengan kepemimpinan utama UMNO.

Yang pasti mereka yang tidak senada dengan pemimpin utama akan dilabel sebagai proksi kepada calon yang bersaing bagi jawatan sama. Cukup yakin dan percaya Dato’ Seri Ismail Sabri mungkin akan bertanding jawatan Presiden, menentang Ahmad Zahid.

Keadaan ini mungkin menyebabkan Tajuddin dianggap sebagai proksi Ismail Sabri dan pihak lawan akan cuba buka pekung Ahli Parlimen Bera itu dengan keadaan ini sudah pasti menjadi kitaran tidak sihat bagi UMNO.

Inilah antara lain yang menyebabkan ramai pemimpin muda dilahirkan UMNO cenderung ‘main dua kolam’ bagi memastikan kelangsungan mereka dalam parti.

Pendedahan DS Tajuddin Rahman antara lain telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan akar umbi terhadap semangat dan ketelusan kepemimpinan parti memperjuangkan agenda sebenar UMNO.

Kelemahan dan pergolakan dalaman parti apabila didedahkan secara terbuka, ia akan menimbul suasana membentuk persepsi politik berbeza-beza dalam kalangan ahli mahupun rakyat.

Ia juga sudah tentu akan menjejaskan kreadibiliti dan imej parti, terutamanya semasa UMNO sedang mempersiapkan jenteranya bagi menghadapi PRU-15 yang dianggap cukup mencabar dalam sejarah pilihan raya yang dianggap ibu segala pilihan raya.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *