Sebanyak enam kertas siasatan membabitkan pendakwah selebriti berusia 40-an yang ditahan reman berkaitan kes amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, PDRM mengesahkan enam kertas siasatan dirujuk kepada TPR pada 14 September lalu.

Menurutnya, empat kertas siasatan di Selangor dan dua di Negeri Sembilan.

“Kesemuanya kertas siasatan yang dihantar ke TPR itu dengan cadangan suspek dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Sek sual Terhadap Kanak Kanak (AKSTK).

“Manakala terdapat satu lagi kertas siasatan di Kuala Lumpur yang masih dalam tindakan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak tujuh laporan polis dibuat terhadap pendakwah selebriti berkenaan.

“Suspek kini dibebaskan dengan jamin polis,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan berkenalan sewaktu mengikuti program sesi motivasi sebelum dipujuk dan paksa melakukan perbuatan amang seksual fizikal.

Itu antara hasil siasatan awal polis membabitkan seorang pendakwah selebriti tanah air yang dikaitkan dengan empat laporan polis kes jenayah perbuatan sek sual terhadap empat remaja lelaki.

Sumber berkata, mangsa kes amang sek sual fizikal terbabit mendakwa diarah melakukan perbuatan tidak senonoh oleh suspek yang pernah menyertai program realiti agama sebelum ini.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.