PEMUDA PAS Selangor menggesa Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengambil cuti sementara menunggu siasatan dakwaan salah guna kuasa kes menganugerahkan projek kepada syarikat secara runding terus bernilai RM700 juta.

Timbalan Ketuanya, Muhammad Hanif Jamaluddin berkata, pihaknya berpegang bahawa keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, tetapi perlu tampak dan ditampilkan.

Menurutnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus diberi ruang untuk melakukan penyiasatan terhadap kes berkenaan dengan adil dan bebas berdasarkan prinsip kedaulatan undang-undang.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan yang juga Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim menerusi Facebooknya menyatakan, RFP bagi projek itu melibatkan sebanyak 98 syarikat.

“Namun, semuanya telah ditolak dan tender telah diberikan kepada sebuah syarikat Landasan Berjaya yang berkait rapat dengan taikun Cina secara rundingan terus.

Menurut Muhammad Hanif, ketirisan berlaku dianggarkan berjumlah lebih RM117 juta yang sepatutnya dipulangkan kepada rakyat Selangor melalui premium tanah yang telah dikecualikan dibayar oleh syarikat milik taikun Cina itu.

Dalam hantaran berasingan, beliau menempelak DAP yang dilihat seperti singa dalam isu lawatan ke rumah ibadat tetapi menjadi tikus apabila menyentuh isu skandal Menteri Besar Selangor.

“Tidak sukar untuk lihat bahawa motif sebenar DAP adalah untuk mengalih perhatian orang ramai dari skandal Selangor dan pendakwaan terpilih yang pernah mereka perjuangkan dulu terutamanya dalam isu mendiang Teoh Beng Hock,” katanya. 

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *