Pemuda Amanah Kuala Langat mengambil maklum perletakan jawatan YB. Dr Xavier Jayakumar sebagai Naib Presiden, ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta pengisytiharan beliau sebagai ahli parlimen bebas yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan ini. Ini merupakan satu pengkhianatan yang besar ke atas mandat rakyat yang dimenangi atas tiket Pakatan Harapan (PH).

Saya dan seluruh jentera Pemuda Amanah akan memastikan Pemuda Pakatan Harapan akan meneruskan perjuangan berkhidmat kepada rakyat di Kuala Langat dan di Selangor.

Kami juga akan meneruskan usaha memperkukuhkan pasukan Pakatan Harapan bagi menghadapi PRU-15.

Wan Afiq Danish Bin Wan Ahmad Saifullizan
Ketua Pemuda AMANAH Kuala Langat
Naib Ketua Pemuda AMANAH Negeri Selangor merangkap Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Negeri Selangor

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.