NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid menzahirkan keyakinan sokongan yang dahulunya memihak kepada Pakatan Harapan (PH) pada 2018 sudah beralih kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Mahdzir berkata, ia merupakan antara faktor paling penting dalam menentukan kemenangan mana-mana parti pada PRU akan datang.

Bagaimanapun, katanya, BN serta Umno perlu meletakkan calon tepat yang bukan sahaja hanya disukai oleh parti, malah lebih utama diterima oleh pengundi setempat.

(Pada) 2018 dulu, kita dah tahu bahawa ‘anginnya’ (sokongan) dan gelombang lebih kepada PH dan bukan ke BN. Tetapi kali ini, ‘angin’ itu tampak lebih positif ke arah kita.

“Tetapi yang paling penting adalah faktor calon. Calon itu perlu dipastikan dapat diterima bukan sahaja oleh Umno, malah diterima oleh rakyat setempat,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Ditanya sama ada Ketua-Ketua Umno  Bahagian akan terpilih untuk bertanding di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRU akan datang, Mahdzir tidak memberikan jawapan jelas sebaliknya mengulangi semula kenyataan tersebut.

“Macam saya katakan tadi, calon itu perlu diterima Umno dan rakyat. Jadi fikir-fikirkanlah.

“Setakat ini senarai calon belum dimuktamadkan dan perkara itu terletak di bawah Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau yang uruskan dan InsyaAllah (Umno) sedang kumpul nama-nama yang dirasakan layak,” katanya.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.