JASIN – Jenazah kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya di sini selamat disemadikan.
Kanak-kanak yang mesra dipanggil ‘Adik’ dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh di sini pada Isnin.
Jenazah yang dituntut pada pagi Isnin oleh waris keluarga ibu kandungnya di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka telah dibawa ke Madrasah As Syakirin untuk dimandikan dan disolatkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan.