Polis menyiasat kes pembantu EXCO Negeri Sembilan yang didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita di sebuah hotel di Seremban.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata wanita itu membuat laporan polis terhadap pembantu EXCO itu dua hari lalu, dengan mendakwa dia diserang secara seksual oleh lelaki itu pada 30 Mac dan 26 April.

Beliau berkata, polis turut mengumpulkan bukti-bukti dan merakamkan kenyataan saksi kes, lapor MalaysiaKini.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menyerang atau melakukan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan.

Bagaimanapun, Nanda enggan mendedahkan butiran lanjut kes tersebut. 

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.