Kota Bharu: Seorang lelaki dipukul orang ramai selepas kenderaan dipandunya merempuh tiga individu yang sedang melintas di Jalan Pasir Hor, di sini, pagi tadi.

Kejadian yang berlaku pada jam 11.30 pagi itu menyebabkan wanita warga Indonesia berusia 45 tahun maut di lokasi manakala dua lagi parah.

“Apabila sampai di lokasi, kereta itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar tiga pejalan kaki yang hendak melintas.

“Akibat perlanggaran itu, seorang wanita maut manakala dua lagi wanita berusia 64 dan 65 tahun parah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, dua wanita yang parah saling mengenali dan dikatakan baru pulang dari kelas mengaji al-Quran dan mereka kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Menurutnya, pemandu kenderaan mengalami luka ringan di lengan dan kaki kiri dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian saringan mendapati lelaki itu positif methampethamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *