Pemandu lori tangki yang terlibat dalam insiden tumpahan minyak di Plaza Tol Juru semalam mendakwa mengalami kekejangan sehingga menyebabkan dia gagal mengawal kenderaan tersebut

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, pihaknya terima panggilan berhubung kejadian kemalangan dan tumpahan minyak masak di laluan plaza tol itu pada jam 12 tengah hari.

“Hasil siasatan mendapati pemandu berusia 42 tahun itu membawa bekalan 20,000 liter minyak mentah kacang soya dari Pelabuhan Klang untuk dihantar ke sebuah kilang di Perai.

Lelaki itu melanggar tiang besi di bahagian kiri plaza tol sekali gus menyebabkan tangki minyak bocor dan berlaku tumpahan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, susulan itu, pihak bomba dan PLUS telah melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian.

Kejadian itu menyebabkan berlaku tumpahan minyak sekali gus mengakibatkan kesesakan lalu lintas hampir empat kilometer. 

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.