

Saya juga seorang pelukis mural.Saya berpengalaman lebih 15 tahun dalam lukisan dinding atau mural. Cuma masa kini tidak mengamalkannya sekarang adalah kerana kekurangan permintaan dan memilih kerja sebagai pereka grafik adalah lebih menguntungkan.
Ulasan Saya terhadap penafian kononnya seorang pelukis bernama Luana Leong ini adalah taktik ‘Playing Victim’ untuk memperbodohkan netizen dengan sentimen perkauman seolah olah teguran yang dilemparkan kepadanya (sebab lukis mural bogel)dikaitkan dengan perkauman.
Mana ada bangsa dan agama didalam Malaysia ini boleh menerima mural lucah sedemikian diruang terbuka. Jika ada sila nyatakan.
Lukis Bogel Baru Pakaian
Ini adalah alasan tidak masuk akal dengan mengatakan “perlu lukis wanita bogel baru lukis pakaian”
Tidak ramai tahu teknik lukisan mural tetapi pastinya mural sebegitu perlu dibuat lakaran secara kasar dipermukaan yang mahu dilukis sebelum mewarnakannya.
Andainya proses mewarna telah dijalankan ia bermakna itu adalah imej akhir yang telah dilakarkan. Tidak boleh diterima alasan perlu lukis bogel dulu baru nak warnakan pakaian. Jika benar lakaran untuk gambar itu berpakaian pastinya beberapa bahagian terutama dada wanita itu tidak dilihat details sedemikian rupa dan perlu ada lakaran untuk lipatan/garisan bentuk pakaian.
Hentikan mencari publisiti murahan, memperbodohkan orang lain dan memainkan sentimen perkauman.
Lagi satu, mana ada kain hitam! Itu adalah Sun Shade Netting daripada plastik bukannya kain. Itu pun nak tipu juga..?
Admin sempat kutip posting di wall facebooker yang kongsikan mural Dato Seri Vida bésama caption yang lucu mencuit hati dan minda.
Korang fikirlah sendiri gaiss.
