PUTRAJAYA, 9 Disember- Kerajaan memberi jaminan akan terus memperkukuhkan Akta Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah 1965 (RUU355) untuk kemaslahatan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Nai’im Mokhtar menegaskan, Akta tersebut sepatutnya sudah dibentangkan untuk pindaan pada persidangan hujung Oktober lalu namun terbantut susulan pembubaran Parlimen.

(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Nai’im Mokhtar)

“Jadi saya nak tekankan disini apa saja yang diperkenalkan oleh dasar sebelum ini, yang memberikan manfaat kpd islam dan kepada rakyat sama ada islam ataupun bukan islam kita akan teruskan yang ini yang saya sebutkan tadi matlamat saya tidak lain dan tidak bukan saya berusaha untuk menjadi manusia yang terbaik yang mampu untuk memberikan manfaat jadi kalau kata ada dasar sebelum ini yang benar benar memberikan manfaat kepada islam dan juga rakyat secara keseluruhannya sudah tentu kita akan raikan dan teruskan inshaallah,” katanya.

Beliau yang sebelum ini merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia memberi jaminan bahawa Kabinet akan memperhalusi RUU 355, namun akan dibincangkan dengan teliti di dalam Kabinet kerana keputusan yang dibuat adalah kolektif.

Pada dasarnya ujar beliau, pembentangan RUU 355 adalah amat positif kerana ia adalah sebahagian daripada usaha memartabatkan kuasa mahkamah syariah seluruh negara.

Beliau bercakap demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jualan Rakyat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk penjawat awam yang menawarkan potongan harga 50 peratus bagi barangan asas di Putrajaya.

Ini adalah merupakan penampilan sulung Datuk Dr Mohd Na’im pada program rasmi agensi di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setelah dilantik sebagai Menteri Agama pada 3 Disember lalu.

  • RTM

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *