Pejuang menegaskan Pakatan Harapan (PH) telah menunaikan hampir 53 janji manifesto sebelum Tan Sri Mahiaadin Yassin menumbangkan blok tersebut.

Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin berkata, perlu bersikap adil dalam 22 bulan pentadbiran kerajaan PH banyak janji yang dilaksanakan, sedangkan mereka yang mentadbir kerajaan berpuluh tahun seperti BN tidak mampu lakukan perkara yang sama.

“Hampir 53 janji manifesto telah ditunaikan. Malahan, terdapat beberapa janji seperti Akta Pendanaan Politik dan pindaan AUKU telah dijadualkan untuk dibentangkan, namun tidak kesampaian kerana kerajaan ditumbangkan oleh tangan Tan Sri Sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan bahawa manifesto yang dicanang itu disediakan oleh mereka yang bersama Mahiaddin hari ini.

“Janji-janji manis ini ditulis dan dibukukan oleh Wan Saiful Wan Jan sendiri Ketua Penerangan Parti Bersatu hari ini.

“Sudahlah bermain rentak politik lama, menunding jari pada yang lain sedang diri sendiri tidak seelok mana. Ibarat meludah ke langit akhirnya jatuh kemuka sendiri,” bidasnya.

Sehubungan itu, Ulya menasihatkan Mahiaddin agar berhenti menggunakan nama Tun Mahathir bagi kepentingan politik diri sendiri.

“Tan Sri Muhyiddin mungkin sudah lupa , bahawa sewaktu PH menjadi kerajaan, jumlah kerosakan begitu besar dari yang dijangka sehinggakan beberapa item manifesto terpaksa disuaikan , ditangguh atau dibatalkan sama sekala,” katanya lagi.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *