Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) menyangkal dakwaan bahawa kepimpinan tertinggi parti itu ada membuat rundingan dan tawaran berhubung pengambilalihan dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Setiausaha Agungnya, Hussein Jamal Mahamad berkata, ia hanyalah satu tohmahan yang sengaja dicetuskan pihak tertentu demi survival dan kepentingan politik mereka.

“Saya ingin tegaskan bahawa Presiden Kimma, saya atau mana-mana pemimpin tertinggi tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan atau rundingan dengan Pejuang dan perkara tersebut tidak pernah terlintas di pemikiran kami.

“Kimma akan tetap bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta menyokong pentadbiran kerajaan. Hala tuju Kimma adalah jelas dan sekiranya terdapat perubahan, ia akan ditentukan oleh Majlis Tertinggi dan perwakilan dari seluruh negara di Perhimpunan Agung Kimma,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, wujud laporan memetik sumber yang rapat dengan Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan parti itu sedang berunding untuk mengambil alih Kimma.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *