Sebut saja patung Hello Kitty pasti ramai yang terbayang patung comel sewaktu masih kecil dan menjadi patung kegemaran kepada kanak-kanak perempuan hingga kini. Namun, disebalik kelucuan dan kecomelan patung ini sebenarnya mempunyai kisah misteri yang ramai tidak tahu.

Pernah tak anda terfikir kenapa patung ini tidak mempunyai mulut sedangkan ia punya dua mata dan satu hidung? Mungkin ramai tertanya-tanya dan mahukan kepastian mengapa ia direka begitu.

Mengikut kisah lagenda terdahulu, patung Hello Kitty berlaku daripada kisah seorang ibu yang bernama Lady pada tahun 1970-an. Beliau mempunyai anak perempuan bernama Kitty berumur 14 tahun. 

Kitty disahkan menghidap penyakit kanser malignan di bahagian mulutnya. Lady berasa terkejut dan sedih setelah mendapati anaknya menghidap penyakit itu dan tidak dapat menerima kenyataan.

Lady telah berusaha untuk mencari penawar ubat penyakit anaknya itu, malangnya segala usaha dan ubat yang dicari gagal menyembuhkan penyakit anaknya. Justeru, doktor perubatan juga tidak mampu mengubati penyakit Kitty seolah-olah penyakit yang dialami sebagai satu penyakit yang misteri.

Ga,bar : Google

Setelah itu, Lady mengalami kemurungan yang teruk akibat terlalu memikirkan cara dan rawatan anaknya untuk sembuh. Dia telah melakukan pelbagai usaha namun tidak membuahkan apa-apa hasil terhadap Kitty. Dalam dia mengalami kesedihan dan kemurungan, Lady telah menjalankan upacara memanggil roh sebagai alternatif untuk penyembuhan penyakit anaknya. Beliau membuat perjanjian dengan syaitan supaya menyembuhkan penyakit Kitty anaknya yang tiada ubat untuk sembuh.

Hasil daripada perjanjian yang dibuat oleh Lady dengan syaitan, akhirnya penyakit Kitty mula sembuh. Anaknya sudah mula boleh bercakap dan bergerak seperti biasa. Namun, kebahagiaan dan keseronokan antara Lady dan anaknya tidak bertahan lama kerana syaitan tersebut meminta habuan kerana sudah menyembuhkan penyakit anaknya. Syaitan meminta supaya Lady mencipta sesuatu yang menarik untuk kanak-kanak di seluruh dunia.

Lady telah mendapat ilham untuk menciptakan anak patung yang menyerupai kucing namun tidak mempunyai mulut. Rekaan patung dalam bentuk tersebut mungkin disebabkan anaknya pernah mengalami penyakit kanser mulut dan tidak boleh bercakap setelah sekian lama.

Lady telah meletakkan nama anak patung rekaannya itu sebagai “Hello Kitty”. Menurut Lady, nama patung tersebut mempunyai maksud iaitu ‘Hello’ adalah ‘hai’ manakala ‘Kitty’ pula berasal daripada bahasa Cina tradisional iaitu ‘syaitan’. Ramai mempercayai bahawa anak patung Hello Kitty ini adalah anak daripada syaitan.

Setelah sekian lama patung Hello Kitty telah menjadi satu tarikan kepada kanak-kanak kerana mempunyai muka yang comel dan watak yang menarik. Perkara ini boleh dikatakan setiap kanak-kanak yang bermain dengan patung ini kelihatan seperti anak syaitan setelah peristiwa yang berlaku kepada Lady dan anaknya.

Walaubagaimanapun, kanak-kanak yang suka bermain dengan patung Hello Kitty tidak lah bermakna mereka sebetulnya anak syaitan. Mungkin ia disamakan dengan kisah yang pernah terjadi kepada Lady dan Kitty sewaktu ketika dahulu. Bermain dengan anak patung tidak salah jika niat bukan untuk menyembah atau memuja.

Sumber : Al-Adiyat

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.