Parit Buntar – Ban Pecah terletak di Tanjung Piandang, Perak yang terkenal sebagai kawasan rekreasi dan aktiviti pelancongan dicemari aktiviti maksiat.
Begitulah luahan seorang pengguna fb Mohd Shahril Mat Saad berkongsi status dilaman fb beliau hari ini.
“Assalamualaikum dan selamat pagi. Larian ku di ban pecah diakhiri dengan pemandangan yang mencemarkan maruah Ban Pecah. Pihak yang berkenaan terutama Jabatan Agama Islam Parit Buntar Perak mohon ambil tindakan sewajarnya.
Saya sempat bertanya lelaki tersebut isteri dia ke? Dia mengaku tidak dan saya beri nasihat sedikit walaupun tidak berhemah.
Perkongsian : Mohd Shahril Mat Saad