Pasangan yang didakwa menghina Islam, Siti Nuramira Abdullah dan Alexander Navin Vijayachandran merayu kepada orang ramai bagi membantu mereka membayar wang jaminan sebanyak RM20,000 setiap seorang selepas gagal melunaskannya sejak Rabu lalu.

Menurut peguam mereka, R Sivaraj, pihaknya akan melancarkan kempen ‘crowdfunding’ hari ini kerana ada pihak termasuk orang ramai yang menyatakan keinginan untuk menderma.

“Ramai orang telah menghubungi kami (peguam) (bertanya) mengenai pemberian derma.

“Kami memutuskan untuk menubuhkan inisiatif GoFundMe memandangkan tiada apa-apa yang berlaku selepas keluarga dan rakan mereka diberi masa dua hari (untuk mengumpul dana),” katanya seperti dilapor The Vibes.

Beliau turut mengesahkan Siti Nuramira kini ditahan di Penjara Satelit Beranang dan Alexander di Penjara Satelit Kuala Kubu Baru.

Masing-masing sedang menunggu untuk dipindahkan ke Penjara Wanita Kajang dan Penjara Sungai Buloh.

Sementara itu, seorang peguam syariah telah dilantik untuk Siti Nuramira walaupun pihak berkuasa agama masih belum memfailkan pertuduhan.

Sivaraj turut memberitahu, buat masa ini, pasangan itu sedang bergelut untuk mengumpul dana yang diperlukan bagi membayar ikat jamin kerana peranti mudah alih dan kad bank belum dikembalikan kepada mereka.

“Rakan mereka cuba membantu tetapi memerlukan masa mengumpul wang berjumlah RM40,000,” katanya. 

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.