
Untuk sesiapa yang layak untuk memohon i-sinar bermula 21 Disember 2020 nanti, pastikan kalian sudah aktifkan i-akaun KWSP.
Untuk aktifkan i-akaun, perlu kemaskini nombor telefon untuk Proses penghantaran TAC (password)
Dekat mana boleh kemaskini nombor telefon ni? Boleh di mana-mana machine kiosk samada di pejabat KWSP atau agent KWSP seperti Bank komersial antara nya (RHB, CIMB, MAYBANK, BANK RAKYAT) Boleh rujuk laman web KWSP.
Mudah sahaja, Pergi machine kiosk tu:
1) Masukkan IC;
2) Baca arahan, ikut sahaja;
3) Scan ibu jari;
4) Masukkan nombor telefon;
5) Tunggu print out akaun BERJAYA didaftar!
User ID dan password sementara akan diberi melalui SMS ke nombor telefon yang kita sudah kemaskini tadi.

Balik rumah, login laman web KWSP untuk pengaktifan kali pertama (bukan melalui i-akaun apps). Ikut sahaja arahan untuk penukaran user ID dan password yang kekal, buatlah sehingga selesai.
Tunggulah sehingga 21 Disember nanti bagi yang layak memohon i-sinar, sudah boleh terus
Hantar secara online. January nanti InsyaAllah i-sinar kalian semua bersinar-sinar.
i-Sinar, semoga ada sinarnya!
Ellashah,
Sentiasa bersinar-sinar! 😁
Kredit HalelahShah Shah




