Umno Kelantan pertimbang untuk memutuskan hubungan dengan Amanah sekiranya Pengarah Komunikasi parti itu, Khalid Samad tidak memohon maaf secara terbuka susulan kenyataan mengenai permohonan pengampunan diraja dibuat bekas perdana menteri, Najib Razak.

Ketua Penerangan Umno Kelantan, Zawawi Othman, berkata Khalid perlu memohon maaf kepada Umno susulan kenyataannya merayu Yang di-Pertuan Agong supaya menolak permohonan pengampunan itu.

“Umno Kelantan mendesak Khalid selaku pengarah Komunikasi Amanah yang merangkap pengerusi Amanah Kelantan untuk memohon maaf secara terbuka kepada Umno lanjutan daripada kenyataan beliau bahawa Amanah merayu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya menolak permohonan pengampunan terhadap Najib Razak.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *