Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan timbalan pengerusi PKR Perak MA Tinagaran pagi tadi, kata beberapa sumber dalaman parti itu.

Sumber memberitahu bahawa Thinagaran ditahan atas alasan bagi membantu siasatan terhadap projek pembangunan di Perak. Bagaimanapun, ini masih belum dapat disahkan kerana pegawai kanan SPRM tidak dapat dihubungi buat masa ini.

Difahamkan bahawa SPRM terdahulu mengunjungi rumah Ahli Parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar, berhubung siasatan ke atas sebuah kenderaan yang dikaitkan dengan kes tersebut.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *