Veteren UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata adalah bagus kerajaan berterus terang dengan rakyat tanpa berselindung dengan formula memperbodohkan mereka.
“Tak cuba berselindung dengan berbagai formula yang membodohkan rakyat. Berterus terang je dengan rakyat berapa banyak subsidi untuk petrol RON 95.
“Berterus terang dengan rakyat keburukan subsidi pukal seperti subsidi untuk petrol RON 95,” katanya menerusi kiriman di facebooknya sebentar lagi.
Menurutnya, memang benar kita mempunyai minyak mentah sendiri. Boleh guna untuk subsidi masa sekarang tapi ia membazirkan kemewahan negara untuk generasi akan datang.
“Negara lain lebih banyak sumber minyak mentah mereka tapi tetap tidak subsidikan petrol mereka.
“Yang pernah menghasut nak turun harga petrol semuanya dah jadi pemerintah. Jadi dah faham realiti ekonomi,” katanya.
Justeru, katanya, sekarang berterus terang sahaja dengan rakyat harga runcit petrol tidak boleh turun ke RM1.50 seliter. Bukan kerana BN yang tidak erti mengurus negara tapi kerana realiti dan fakta ekonomi.