Presiden MIC SA Vigneswaran hari ini menegaskan parti itu berhak menentukan keputusan sendiri berhubung kerjasama politik demi kepentingan masyarakat India.

Dia mengulangi pendirian MIC yang akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sementara menunggu keputusan muktamad dibuat Majlis Tertinggi BN.

“Kalau Umno boleh bekerjasama dengan PAS yang merupakan komponen PN. Kenapa kami tidak boleh bekerjasama dengan Bersatu?

“Seperti saya kata sebelum ini, kami menghormati keputusan Umno tidak kerjasama dengan Bersatu.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.