Bekas suami yang kahwin, bekas isteri pula yang jadi perhatian ramai.

Situasi tersebut berlaku selepas ahli perniagaan popular, Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim memuat naik sekeping foto bersama aktor, Ashraf Muslim, 40, di Mekah sehingga mengundang ratusan komen pengikut Instagramnya.

Selain foto, kapsyen gambar dalam bahasa Arab, ‘ana la thlatha’ yang bermaksud ‘saya bukan yang ketiga’ diikuti dengan emoji gelak juga antara sebab fotonya ‘dikerumuni’ ramai.

Menerusi kapsyen tersebut, netizen memahami bahawa Mawar barangkali bergurau bahawa dia bukan isteri ketiga Ashraf yang diketahui umum sudah mempunyai dua orang ‘bidadari’ ketika ini.

Dalam ruangan komen, terdapat juga netizen yang mempertikaikan mengapa pemilik jenama tudung Fareeda itu memuat naik foto bersama suami orang.

“Kenapa kongsi gambar dengan semua orang itu?” soal seorang pengguna Instagram.

Balas Mawar: “Ada tuliskah dosa atau kesalahan saya muat naik gambar ini?”

Dalam komen lain, Mawar membalas kenyataan seorang netizen yang menuduh dia sengaja memuat naik foto tersebut kerana laparkan perhatian.

“Ini seorang lagi, apa yang salah masa? Saya perlu minta kebenaran awak dulu ke untuk pergi ke mana-mana?

“Saya ada kerja di sini. Ya, hanya perlu perhatian daripada Allah SWT. Sebab ini saya datang ke sini korban tinggalkan anakanda buat pertama kali,” jawabnya kepada wanita tersebut.

Difahamkan, dia dan Ashraf terserempak di Mekah dan kedua-dua juga sedang menunaikan umrah.

Kelmarin, bekas suaminya yang juga seorang pelakon,Fizo Omar selamat bernikah dengan seorang bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai, 25, dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Untuk rekod, Mawar dan Fizo pernah mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Namun, ikatan perkahwinan yang dijalin selama enam tahun akhirnya terlerai selepas Fizo melafazkan talak satu terhadap Mawar di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

By Ostad

2 thoughts on “PANAS!! “Saya bukan yang ketiga” akhirnya Mawar buka mulut”

Leave a Reply

Your email address will not be published.