AHLI Parlimen Sekijang, Natrah Ismail mempersoalkan tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengunci mulut ‘rapat-rapat’ dan ‘memeluk tubuh’ berhubung kedudukan Datuk Seri Dr Santhara Kumar yang dikatakan memiliki dua kerakyatan.

Katanya, jika ia berlaku dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang, beliau yakin kerajaan akan bertindak cepat.

“Tetapi apabila melibatkan ahli bersekutu sendiri, kerajaan langsung tidak mengendahkan perkara itu bahkan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Apa istimewanya Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dah Ahli Parlimen Segamat ini, sehinggakan tiada siasatan dilakukan? Kenapa perlu double standard? Jika melibatkan rakyat marhaen, cepat pula mengenakan kompaun sehingga RM10,000 kononnya melanggar SOP Covid-19.

“Saya amat berharap Tan Sri Annuar Musa yang selama ini lantang bersuara supaya memberikan maklum balas,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan mempersoalkan mempersoalkan kedudukan Dr Santhara sebagai Ahli Parlimen susulan timbul desas desus memiliki dua kerakyatan.

Zahida mendakwa status Santhara yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan sebagai Ahli Parlimen Segamat boleh tergugur sekiranya sah beliau mempunyai kerakyatan New Zealand.

Mengulas lanjut, Natrah berkata adalah mustahil jika anak dan keluarganya Santhara memiliki kerakyatan New Zealand sedangkan beliau tidak.

“Persoalan lain yang timbul adalah apabila beliau pulang semula ke Malaysia berapa hari beliau akan dikuarantin dan di mana? Adakah sama seperti rakyat biasa dikuarantin?

“Untuk pengetahuan kerajaan New Zealand sudah membincangkan perkara ini di Parlimen mereka. Tidak malukah kita apabila masalah dalam negara dibincangkan di negara luar? Sedangkan kita sendiri tidak mahu menyelesaikannya,” katanya. 

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *