Memetik lontaran status di laman facebook ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang merasa amat kecewa dengan peristiwa disindir secara berhadapan sewaktu mereka menghadiri Perhimpunan Agung UMNO siang tadi.
Difahamkan sindiran datang daripada ucapan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengakui parti itu terkilan apabila PAS terus mahu bekerjasama dengan Bersatu di saat telah pun memeterai Muafakat Nasional hampir dua tahun lalu.
Mengibaratkannya seperti “bermadu”, Asyraf berkata Umno sendiri tetap setia berpegang kepada jalinan hubungan menerusi MN dan tidak pernah setuju untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).
“Siapa sangka belum kering deraian air mata, belum pun reda hilai tawa bersama, kasih yang baru berputik terpaksa dikongsi dengan pihak ketiga.

“Tahniah Ketua Pemuda PAS Pusat YB Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin yang berjiwa Negarawan relaks je sepanjang berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pagi tadi.
Walaupun bermacam kata-kata sindiran yang dilontarkan YB Sen KP tetap senyum demi menjaga Persahabatan yang dibina.
Kami dalam DHPP pun
dilatih untuk sentiasa bertenang dalam menghadapi apa jua keadaan dengan mentaliti yang stabil.
Bila kami mengundang, kami sajikan dengan peradapan tetapi bila kami diundang kami disajikan dengan sindiran.
Apapun Tahniah YB Sen KP tetap “cool” sepanjang majlis.”