PH boleh tumbang di Selangor jika lebih ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengumumkan mereka tidak lagi bersama kerajaan negeri.
Sumber memberitahu, antara yang disasarkan PN adalah beberapa ADUN Amanah yang berjumlah lapan orang di Selangor.
Selain itu, disebabkan PKR telah mengambil tindakan terhadap ahli yang cenderung ke arah telah Azmin Ali, keadaan itu juga menimbulkan rasa tidak puas hati.
Difahamkan daripada 19 ADUN PKR, 10 daripadanya adalah pro-Azmin.
“Oleh itu, adalah sukar untuk menjangka apa yang akan berlaku selepas ini,” kata sumber itu lagi.