PAS Kawasan Temerloh telah bersedia dari segi jentera, kewangan dan senarai bakal calon, hanya menunggu keputusan dan arahan kepimpinan tertinggi sahaja,” ujarnya.

Sebagai rekod, PAS Temerloh pernah mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan menyerahkan satu memorandum khas berkaitan kesediaan PAS Temerloh menghadapi PRU15.

Ir Ts Khairil pula ketika diminta mengulas berkata, keputusan ini memberikan satu motivasi dan kesedaran kepada dirinya bahawa masih banyak peranan dan tugasan yang perlu dirancang dengan teliti dan laksanakan mengikut kesesuaian semua lapisan masyarakat.

Sebelum itu, pihak Jawatankuasa Pemilih terpaksa meneruskan pengundian tanpa melayan sebarang penolakan atau penarikan diri kerana jumlah calon yang menerima percalonan kurang daripada jumlah sepatutnya.

Sementara itu Ahli Parlimen Temerloh Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir yang kembali sihat selepas hampir dua tahun diserang strok pernah memberitahu bahawa beliau akan tetap terus berjuang dan bertahan sehingga hari terakhir Parlimen dibubarkan.

Beliau yang diserang penyakit itu pada Oktober 2019 kini masih perlu menjalani terapi di sebuah hospital di Kuala Lumpur tetapi berjanji akan berkhidmat untuk pengundi di Parlimen itu sebaik mungkin.

Saya tidak akan meninggalkan Temerloh. Sebelum ini pun saya masih hadir ke Parlimen untuk mewakili pengundi di Temerloh.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *