“THE UNTOLD STORY”

Untuk mereka yang nak berfikir melihat dari mata hati semoga menjadi pengajaran buat kita semua.

Khairy Jamaluddin calon luar bertanding di parlimen Sg Buloh mendapat sokongan padu dari jentera UMNO Sg Buloh.

Shahril Hamdan calon luar bertanding di Parlimen Alor Gajah mendapat sokongan padu dari jentera UMNO Alor Gajah.

KJ dan Shahril Hamdan bukan lah dilihat pemimpin yang Islamik, mereka ni pemimpin bandar liberal. Tetapi UMNO tempat mereka bertanding tak bergaduh sesama sendiri dan bersatu hati cuba memenangkan dua calon ini pada PRU15 tempoh hari merampas kerusi PH.

Asyraf Wajdi calon luar bertanding di parlimen Gerik mendapat tentangan dari UMNO Gerik dan menyebabkan UMNO Gerik berbalah sesama mereka hingga berpecah kepada 2 kumpulan.

Asyraf Wajdi ni dilihat Islamik dan berpewatakan agama dan merupakan Ketua Pemuda UMNO waktu itu. Sepatutnya dia diterima dengan baik oleh UMNO Gerik tetapi sebaliknya berlaku bila sesama UMNO Gerik bergaduh akibat ketidak puas hatian terhadap Asyraf masuk bertanding di Gerik.

Dalam Malaysia ini parlimen Gerik lah parlimen paling selamat buat UMNO. Tidak ada parlimen lain yang boleh dikatakan selamat selain Gerik malah PRU2008 parti Gerakan (Cina) diletakkan bertanding di Gerik dan menang walaupun 86.6% pengundi nya Melayu.

Tetapi 2022 buat pertama kali kerusi Parlimen Gerik kalah bila mana meletakkan calon WAHYU pilihan Presiden BN. Malah Dun Pengkalan Hulu dalam parlimen Gerik juga tewas buat pertama kali dalam sejarah.

Itu lah isyarat yang sepatutnya difahami dengan baik oleh Asyraf Wajdi dan juga kita semua. Allah dah perlihatkan kepada kita semua DIA lah yang berkuasa sepertimana firmanNya dalam surah Ali Imran 26 ;

Katakanlah (Muhammad), “Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh, Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu”.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua untuk sedar setiap apa yang dilakukan Allah lah sebaik baik pembalas nya dan akan dibalas di dunia dan akhirat kepada mereka yang khianat kepada Penyatuan Ummah.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid028F4rUgVEHRWdmsbpTTvtbrz1WfXjwNSMVWLgdxzpjr4fqVbueCpfTrHBt3Kc3mKkl&id=100008449784275&mibextid=qC1gEa

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *