PKP 6 Daerah; Kelemahan dan Kelembapan MB Selangor Jadi Punca!

Pengumuman pelaksanaan PKP di enam buah daerah di Selangor merupakan berita yang cukup mengecewakan. Rakyat kena tahu, keputusan pelaksanaan PKP ini adalah kerana desakan kepimpinan Negeri Selangor sendiri.

Jika PKR bermasalah di Selangor, kita boleh agak ia berpunca daripada tindakan MB Selangor yang “blur” dengan situasi semasa.

Sementara rakyat bertarung dengan COVID-19; mukabuku (Facebook) MB Selangor update mengenai waktu imsak dan waktu berbuka. Ini bukan level MB! Ini level Ketua Kampung!

Bila dah terdesak dan takut dipersalahkan – mulalah MB Selangor cari jalan selamat. Mulalah panggil mesyuarat minta kerjasama Kerajaan Pusat laksanakan PKP.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/04/29/s039gor-mb-calls-for-special-meeting-of-state-national-security-task-force-to-address-recent-spike-in-covid-19-cases

https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/05/04/covid-19-s039gor-mb-says-mco-is-one-option-to-curb-rising-numbers-in-the-state

PKR kalau tidak mahu ada masalah di Selangor, elok lakukan sesuatu. Kelemahan MB ini akan beri kesan kepada jentera parti. Tindakan cukup lemah. Tak ada idea baru.

MB Selangor patut tampil mengaku bahawa PKP 6 daerah ini akibat kelemahannya. Lambat bertindak dan leka dengan politik.

Jangan pula kerana MB yang “mediocre”, orang lain yang dipersalahkan. Rakyat Selangor cukup kecewa dengan MB. Seperti juga isu air, inilah MB paling teruk dalam sejarah negeri Selangor Darul Ehsan.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *