Lim Guan Eng mengulangi kembali kenyataan Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mengakui bahawa menteri dari PAS adalah kategori ‘cap ayam’.

“Berani kerana benar? PAS akui mereka menteri cap ayam punya standard. Hebat!,” kata Guan Eng dalam hantaran ringkas di Facebook.

Hantaran itu berhubung kait dengan kenyataan Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS yang berkata dilabel sebagai ‘cap ayam’ lebih baik daripada dicap sebagai ‘bulldog’.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa menteri Kabinet daripada PAS gagal memikul tanggungjawab dengan baik.

Katanya, kelemahan kepimpinan parti berkenaan turut menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat perlu menanggung pelbagai masalah negara.

Menurut Nur Jazlan, menteri-menteri daripada PAS lebih bergaya dengan kedudukan dan pangkat yang ada, namun tidak kompeten dalam melakukan kerja.

Menjawab dakwaan itu, Takiyuddin memaklumkan PAS tidak mahu melayan kenyataan sinis itu dan tidak perlu menjawab mengenai perkara tersebut.

“Cap ayam lebih baik daripada cap bulldog, bulldog lagi teruk, cap ayam tak apa lagi.

“Takpelah tak payah jawab, benda tu tak perlu layan sangat,” katanya Takiyuddin. MP

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.