Tanpa payah menggali dalam untuk mengetahui apakah isi perangai politik Zahid, matlamat dan tujuan Zahid itu jelas, untuk menyelamatkan dirinya sama.
Zahid bertindak bukan lagi atas nama perjuangan untuk rakyat tetapi kepada dirinya. Zahid cuba perdaya ahli Umno di peringkat MT untuk menyelamatkan dirinya. Dalam kata lain Zahid telah melacurkan Umno untuk kepentingannya.
Bila Zahid diketepikan oleh PAS dan Bersatu dan juga kebanyakan MT UMNO, Zahid cuba bawa team untuk naikkan dan bersihkan nama dia semula.
Ada perkara lucu di sebalik alasan Zahid itu dan menyebabkan bukan sahaja maruahnya sahaja tercemar tetapi kedudukan UMNO sendiri tercalar balar.
Najib kelihatan dalam zon selesa dan terus menjuarai isu rakyat seperti moratorium serta pengeluaran RM10,000 dari akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedangkan Zahid terkapai-kapai dengan pelbagai masalah peribadi rasuah dan salah langkah terutama sekali dalam isu kebersamaan dengan Anwar Ibrahim.
Setelah segala tembelang Zahid terbarai maka wujud secara tak semena-mena buku ’30 Dalil Mengapa Zahid Perlu Letak Jawatan’.
Medsos semakin hari semakin terang-terangan memuat naik posting-posting kebobrokan Presiden Umno ini sehinggakan Zahid diupamakan sebagai ‘Biawak Hidup’ di dalam UMNO.
Kisah Najib kini pudar ditenggelami oleh ‘kemasyuran’ Zahid yang semakin lama semakin panas dan memualkan.
Dalam pada itu, Musa Hitam juga pernah tindakan UMNO memutuskan hubungan dengan Bersatu “hanya cakap-cakap, terjerit-jerit sahaja tapi secara praktisnya, tiada apa-apa pun”.