PAS perlu belajar menghormati keputusan dan pendirian Umno seperti ditetapkan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 yang memutuskan tiada kerjasama dengan Bersatu.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata menerusi PAU tersebut, Umno turut membuat keputusan tiada kerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta DAP.

Hormatilah pendirian Umno. Ini keputusan parti. Ini bukan soal degil.

“Janganlah paksa kita terima Bersatu. Kita pun tidak paksa PAS terima Amanah,” kata Ahli Parlimen Lenggong itu menerusi hantaran di Facebooknya.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam yang menyatakan PAS sedia berlawan dengan Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) jika parti itu terus berkeras untuk memutuskan kerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN).

Mohd Amar berkata, mahu atau tidak PAS sudah biasa dan bersedia untuk berdepan Umno jika parti itu mahu bergerak solo.

Menurutnya, PAS juga sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan terkini politik semasa sama ada bekerjasama dengan MN dan Perikatan Nasional (PN) termasuk bergerak sendiri. – MP

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.