
Dalang Penyebaran 30 Dalil Zahid DIKENALPASTI
Ahli UMNO peringkat Bahagian menerima buku bertajuk 30 Dalil Zahid.
Sebelum ini disebarkan secara pdf namun tiada sambutan. Maka diposkan ke alamat rumah Ahli.
KERJA SIAPA?
- DATA AHLI
Data ini adalah simpanan Annuar Musa semasa menjadi Setiausaha Agung UMNO.
Tun Faisal menjadi orang yang memproses data ini. Tahap ketepatan data adalah 100% Ahli UMNO memandangkan ketika Annuar Musa menjadi SUA banyak data dalam simpanan.
CETAKAN SIAPA?
Buku ini dicetak oleh pasukan Hishammudin Hussien yang mengetuai Kluster Menteri yqng dianggotai Dr Noraini, KJ, Ismail Sabri, Dr Adham dan Annuar Musa.
Kluster Menteri gagal dalam desakan agar Zahid kekalkan kerjasama dengan Bersatu. Mereka takut kehilangan jawatan Kabinet dan kelebihan Direct Nego.
Maka langkah terbaik pada hemat Kluster Menteri adalah turunkan Zahid. Kerana itulah askar Hishammudin dan Ismail Sabri iaitu Ahmad Tajudin Ketua Bahagian Paya Besar telah desak Zahid letak jawatan. Info mengatakan Hishammudin dan Ismail Sabri telah menjanjikan Tajudin sebagai Senator jika langkahnya berjaya.
SIAPA PENYEBAR?
Buku ini dipos oleh Hamzah-Azmin. Operasi bersepadu antara SB dan J-KOM dibuat agar tidak dapat diketahui umum.
Operator level sulit ditugaskan mengepos skala besar tanpa dikesan pihak berkuasa. SB memang bekerja membenam UMNO.
DUIT SIAPA?
Saifuddin Abdullah meluluskan Duit J-KOM bagi Operasi ini. Katanya membunuh UMNO adalah tanggungjawab kerajaan Malaysia.
Posting ini admin share dari Grup Unit Media Baru UMNO Persekutuan – PRU15.
