
Hari ini Anwar kata kononnya beliau akan menjadi perdana menteri sekarang, jika bersetuju dengan permintaan pemimpin korup untuk campur tangan dalam kes mahkamah mereka.
“Saya jawab tak mungkin (buat macam tu). Saya jawab terima kasih, dan kita hadapi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Kepada ANWAR IBRAHIM cubalah dah usia lanjut ni belajar bercakap benar. Anwar jelas MENIPU apa yang terjadi ialah Zahid, Najib dan lain lain penyokong #klustermahkamah sudah pun memberikan sokongan malah ada segelintir sudahpun tandatangan akuan sumpah. Ada yang tetipu dengan muslihat Zahid dan Najib yang dijanjikan Anwar gugur kes mereka. Najib dan Zahid sudah pun menulis surat ke Istana menipu YDPA kononya semua ahli parlimen Umno sokong Anwar jadi PM.
Namun Anwar tak berjaya sebab perjanjian DS Ismail Sabri Yaakob – TS Muhyiddin Yassin yang menjadikan DSIS PM dan Umno akan dapat byk kelebihan telah menyebabkan ramai MP Umno yang terpedaya dengan Zahid dan Najib u turn tarik surat akuan sokong Anwar. Saat akhir Zahid – Najib cuba alih konon sokong KuLi namun malangnya gabungan DSIS TSMY dengan dibantu Tan Sri Annuar Musa Takiyuddin Haji Hassan lebih bijak dan cepat bertindak selamatkan negara dari pihak pihak yang ingin mendapatkan tempat semata mata kerana kepentingan diri.
Anwar – bekas banduan jenayah korupsi dan jenayah salahlaku seks yang sanggup gadai apa saja termasuk kepentingan agama dan bangsa demi nak jadi PM
Zahid / Najib – akan lakukan apa sahaja demi melepaskan diri menjadi banduan kes korupsi.