UNDUR UNDUR … ANWAR UNDUR .. UNDUR SEGERA .. SELAMATKAN MALAYSIA!

Pakatan Harapan semakin bergolak dengan pemimpin pembangkang semakin lantang menggesa Anwar Ibrahim untuk berundur demi kebaikan gabungan itu.

Ketua Pemuda DAP Sabah, Phoong Jin Zhe berkata Anwar gagal menunaikan janji untuk menubuhkan kerajaan baharu , sekali gus menjejaskan kredibiliti PH.

Phoong yang juga ADUN Luyang berkata janji Anwar untuk memperolehi majoriti kuat dan menyakinkan untuk menubuhkan kerajaan baharu tidak berhasil

Janji (Anwar) bahawa beliau mempunyai majoriti kuat dan menyakinkan tidak menjadi manakala cubaan untuk menubuhkan kerjasama dengan UMNO juga disangsi ramai pihak,” kata beliau.

Phoong berkata ramai pihak juga dukacita berikutan kegagalan Anwar memastikan Dewan Rakyat menolak Belanjawan 2021 yang lemah dan tidak mampu membela rakyat.

“Semua ini menghakis keyakinan rakyat terhadap PH. Ketua Pembangkang diejek kerana tidak menunaikan janji,” tambah beliau.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.