Adun bebas Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim dari Perak menafikan sedang mencari parti baru selepas dipecat Bersatu Disember lepas.

Katanya, dia masih tidak mengambil sebarang pendirian berhubung masa depan karier politiknya.

“Saya jumpa dengan semua orang… kawan-kawan dalam politik, sama ada Umno, Amanah dan PKR.

“Tapi, tidak berhasrat menyertai mana-mana parti buat masa ini,” katanya.

Adun Titi Serong itu berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus bahawa berhasrat menyertai PKR.

Terdahulu, sumber PKR Perak memberitahu bahawa Hasnul telah berjumpa dengan beberapa pemimpin parti itu untuk menyatakan hasrat menyertainya.

Bagaimanapun, Hasnul berkata ia sekadar perjumpaan biasa sahaja.

“Tidak cari parti baru. Kami bincang politik negara dan keadaan semasa,” katanya.

“Tidak cari parti baru. Kami bincang politik negara dan keadaan semasa,” katanya.

Untuk rekod, Ketua Penerangan PKR Perak Muhammad Arafat Varisai Mahamad sebelum ini menegaskan bahawa parti itu tidak sesekali akan menerima apa yang disifatkannya sebagai “pengkhianat mandat rakyat”.

https://www.facebook.com/31373189944/posts/10152234962424945/?sfnsn=mo

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *