Azmin Ali yang merupakan Ahli Parlimen Gombak nampaknya awal-awal lagi sudah ditolak oleh UMNO dan Pas untuk terus bertanding di kawasan tersebut.
Kata UMNO dan Pas, walaupun Azmin berada bersama kedua-dua parti itu dalam kerajaan PN, tetapi di Gombak hanya ada Muafakat Nasional saja.
Yang Dipertua Pas Kawasan Gombak Salahuddin Mohd Nasir menegaskan perkara itu dan telah memaklumkan kepada Adun Gombak Setia Mohd Hilman Idham pada 11 Mei yang lalu.
Setelah diketepikan di tempat sendiri, sumber telah memberitahu admin bahawa beliau sudahpun mendapatkan tempat di kawasan selamat di mana PAS atau satu-satunya Parlimen Bersatu akan memberinya laluan.
Menurut sumber, satu-satunya kerusi milik Bersatu iaitu Parlimen Hulu Terengganu adalah milik Umno sebelum Rosol Wahid melompat parti menyertai Bersatu mungkin bakal ditandingi oleh Azmin. Itu bukan mustahil.
Apa-apapun, Ia adalah suatu perkhabaran yang memeranjatkan apabila Azmin yang lebih dikenali di kawasan Selangor atau pun Wilayah Persekutuan akan berpindah ke Terengganu.
Bagaimanapun Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyerahkan kepada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menentukan lokasi kerusi akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Pada PRU-14 yang lalu, Azmin telah meraih kemenangan dengan jumlah undi sebanyak 75,113 mengalahkan lawannya daripada BN dan Pas yang masing-masing peroleh sebanyak 26,392 dan 17,537 undi.