Jika Anwar Ibrahim ingin jadi perdana menteri telah lama dia membawa PKR untuk sertai “Langkah Sheraton”, kata Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi mendakwa Anwar pernah ditawarkan untuk menjadi sebahagian daripada “Langkah Sheraton” bagi menggantikan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun katanya, ketua pembangkang itu tetap menolak dan memilih untuk setia bersama sekutunya dalam PH.

“Jika Anwar mahu jadi perdana menteri, sudah lama beliau buat.

“Malah pada Langkah Sheraton (Februari 2020) baru-baru ini, beliau turut diminta untuk membawa PKR ke dalam gabungan baru, namun ketika itu syaratnya adalah ‘tiada DAP’.

Nik Nazmi tidak menjelaskan perincian dakwaannya itu, tanpa menyebut siapa yang mengundang Anwar untuk menjadi sebahagian daripada langkah berkenaan.

Pada 16 Mac, Presiden PKR, Anwar Ibrahim dilaporkan tidak menolak kemungkinan parti you menjalinkan kerjasama dengan Umno.

Bagaimanapun katanya, perbincangan mengenainya masih belum dilakukan secara formal.

Anwar berkata, kerjasama itu disokong beberapa pemimpin dan ahli Parlimen daripada Umno.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *