Hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim merupakan salah satu sebab Azmin Ali membuat keputusan meninggalkan PKR dan menyertai Bersatu.

Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Gombak itu dalam pernyataan pembelaan berhubung saman yang difailkan 10 pengundi Gombak terhadapnya.

Azmin berkata, ‘amalan seksual yang tidak bermoral’ dilakukan Anwar menjadi punca dia hilang kepercayaan terhadap presiden PKR itu.

Dalam pernyataan pembelaan yang difailkan melalui firma guamannya Tetuan Zharid Nizamuddin, Azmin berkata Anwar langsung tidak berkelayakan dan bukan seorang yang sesuai untuk memimpin PKR serta menjadi perdana menteri Malaysia.

“Dakwaan ini disokong oleh beberapa dakwaan kukuh berhubung perlakuan dan/atau amalan seksual Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang tidak bermoral sebagai seorang beragama Islam, khususnya semenjak DSAI kembali menjadi presiden PKR dan telah bebas untuk bergerak,” katanya.

Azmin merujuk dua kes membabitkan tuduhan dibuat oleh Mohammed Yusoff Rawther mengenai serangan seksual dilakukan Anwar dan tuduhan yang sama dibuat oleh individu bernama Aidil Azim Abu Adam.

Anwar bagaimanapun menafikan melakukan sebarang salah laku seksual.

Untuk rekod, Azmin pada 2019 juga terpalit dengan skandal seks luar tabie apabila video yang memaparkan individu mirip wajarnya tersebar.

Namun dia menafikan tuduhan berkenaan sebagai usaha menjatuhkan karier politiknya dalam PKR.

Sumber: MalaysiaKini

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.