Tan Sri Annuar Musa TELAH DIPECAT daripada UMNO bersama-sama Ketua Wanita UMNO Maran, Datin Seri Fatimah Kassim dan Ketua Wanita UMNO Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin.

Kedua-dua ketua wanita tersebut digantung oleh UMNO sejak 13 November lepas kerana didakwa menyebelahi calon lawan Barisan Nasional (BN) semasa PRU15 iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim.

Tan Sri Annuar Musa pula merupakan pengkritik Presiden UMNO/BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang paling lantang sejak kekalahan UMNO/BN semasa PRU lepas.

Menurut sumber, berkemungkinan akan ada lagi Ketua Bahagian dan pimpinan UMNO akan dipecat. Nama yg dikata akan dikenakan tindakan antaranya ialah Tan Sri Noh Omar, Shahril Hamdan, Khairy Jamaluddin dan beberapa lagi.

Nantikan sidang media…

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *