01: Kedengaran sana-sini hanyalah isu kuasa memerintah kerajaan yang dipentingkan oleh Presiden. Siri beberapa tahun kebelakangan ini PAU tidak membawa agenda ekonomi kebajikan rakyat. Malahan PAU Khas 2022 Pun hanya mengisahkan kuasa.

02: Kononnya #NoAnwar #NoDAP tetapi hakikatnya retorik semata-mata apabila Anwar Ibrahim sendiri membuat pendedahan bahawa SD sokongan untuk dirinya menjadi Perdana Menteri pada 2020 berlaku dan ada syarat untuk gugurkan atau ketepikan kes mahkamah yang dihadapi oleh #KlusterMahkamah ketika itu.

Rujukan: Anwar akhirnya akui ada SD Najib sokong jadi PM, Tajuddin bercakap benar.

[https://www.agendadaily.com/politik/anwar-akhirnya-akui-ada-sd-najib-sokong-jadi-pm-tajuddin-bercakap-benar/]

03: Akar Umbi UMNO terus terabai apabila kerjasama #MuafakatNasional ketika itu diabaikan oleh Presiden setelah dirinya sendiri menjemput parti lain untuk sertai MN. Akar Umbi hilang arah tujuan apabila Zahid menafikan jemputannya dengan cara berdiam diri dan memperbodohkan usahasama yang telah dijalankan oleh Akar Umbi.

Rujukannya: UMNO, Pas jemput Bersatu sertai Muafakat Nasional – Zahid

[https://www.astroawani.com/berita-politik/umno-pas-jemput-bersatu-sertai-muafakat-nasional-zahid-256119]

04: Sampai bilakah Akar Umbi UMNO akan terus ditipu dan diabaikan hanya kerana gilakan kuasa untuk menyelesai masalah peribadi (kes mahkamah) Presiden & konco-konconya?

Mengapakah perkara yang mudah untuk difahami dan dilihat pergerakannya masih tidak diyakini berlaku. Ianya kerana ramai Ketua-Ketua & AJK Bahagian UMNO bersifat pengecut dan penakut untuk bersuara. Sebaiknya jangan jadi pemimpin kalau tiada telur, memalukan UMNO sahaja.

05: UMNO semakin tidak disukai dalam golongan Non Partisan (atas pagar) semenjak isu Gila Kuasa oleh Presiden yang berantai-rantai tindakan bodohnya semenjak terajui UMNO. Kita sendiri boleh bertanya kepada kenalan sekeliling kita apakah pandangan mereka terhadap UMNO ketika ini, ramai yang menjawab, “Selagi Zahid & Najib masih di dalam UMNO, jangan haraplah..”

Kemanakah hala tuju UMNO hari ini selain hanya mementingkan kuasa untuk digunakan sebagai ‘campur tangan’ dalam institusi kehakiman negara?

https://www.facebook.com/1794406024/posts/pfbid02dvUQDUGwChCPCKWV7e82LkzJ8kiR4oJcVi9m3i2JdLx7J2j8zfUycxqgVv6iZyP7l/

FikirFikirkanlah

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.