PESANAN BUAT AHLI UMNO
(Sebaran Dalaman Sahaja)
Sebagai akar umbi UMNO yang menjadi kekuatan UMNO berjuang bermatian –matian untuk UMNO menang hingga sekarang, wajar untuk semua tahu hal sebenar dan apa yang sebenar berlaku dan keputusan semua MT UMNO dalam mesyuarat tertutup hampir 3 jam di Janda Baik sebenarnya tidak seperti yang kta sudah sedia maklum.
Ini bukan fitnah atau adu domba, kita sebagai ahli di bawah wajar mendapat info yang sahih dari orang atas, bukannaya seperti yang jadi sekarang, keputusan mesyuarat lain tapi kenyataan yang keluar lain.
Mesyuarat MT UMNO dengan Presiden yang berlangsung di Janda Baik tempoh hari berlaku sebaliknya, keputusan telah disiarkan hampir semua media massa dan elektronik baru – baru ini , UMNO tolak pelawaan PN untuk terima jawatan Timbalan Perdana Menteri serta tidak mahu menyertai PN pada PRU15 nanti sebenarnya adalah keputusan Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri bukannya keputusan sebulat suara semua MT dalam mesyuarat tempoh hari.
Kenapa jadi seperti ini? Maklumat dalaman sebut Ahli Majlis Tertinggi UMNO berpegang pada pendirian untuk terima jawatan Timbalan Perdana Menteri dan bersetuju untuk bersama PN.
KIta sebagai ahli UMNO perlu sedar keputusan “gila” Presiden ini menjadikan “backfire” pada UMNO!!!
Kenapa perlu buat keputusan sendiri dengan menafikan suara majoriti MT untuk melihat UMNO bersatu dan kuat? Apakah Presiden tidak sedar hal ini?
Kita kena bersedia untuk bangkit dengan segala kemungkinan untuk menidakkan keputusan syok sendiri Presiden ini. Perlu ke menggadaikan masa depan UMNO? Perlu ke kita tenggelamkan terus bahtera UMNO ni?
Akar umbi!! Kita kena bersedia dari sekarang untuk menerima segala kemungkinan keputusan MT UMNO. Sama ada kita bertempur secara “Desperado” secara Lone Ranger atau menanti kerjsama yang baru untuk bersama PH ( DAP,PKR, AMANAH) dan Tim Tun M dlam PRU15 nanti.
Ini semua untuk survivor UMNO, cukuplah kita jadi balaci dan mengikut telunjuk tim mahkamah dan golongan yang tidak peduli pada suara akar umbi!!!
Kenapa Presiden tidak meraikan keputusan majoriti MT UMNO yang lain!!!
Aku harap info ini sebar lah keseluruh ahli UMNO di pelusuk bahagian dan cawangan.
Kita perlu bangkit dan bersama dengan kemenangan UMNO dan kembalikan kuasa pemerintahan pada tangan UMNO seperti dulu dalam PRU nanti.
HIDUP MATI UMNO DITANGAN AKAR UMBI
HIDUP MELAYU!!! HIDUP UMNO!!!
IKHLAS DARI HATI,
AHLI UMNO SEUMUR HIDUP
*MOHON PENCERAHAN