Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu hilang segalanya dan miskin selepas dia meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Jelas Mahathir dia cuba untuk memulihkan keadaan orang Melayu selepas pilihan raya umum Ke-14 (PRU14) lalu, namun malangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan.

“Saya mengeluh sekarang kerana kehilangan segala-galanya oleh orang Melayu berlaku selepas saya letak jawatan sebagai perdana menteri. 

“Memang pun orang Melayu menjadi begitu miskin selepas saya tidak lagi jadi perdana menteri.

“Saya berusaha memulihkan keadaan orang Melayu apabila jadi perdana menteri selepas PRU14. Tetapi kerajaan Pakatan Harapan  (PH) dijatuhkan dan saya pun hilang jawatan. Sebab itu saya mengeluh sekarang,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Mahathir menjadi perdana menteri dua kali, 22 tahun bawah kepimpinan kerajaan BN dan 22 bulan ketika bersama PH pada 2020.

Dalam kenyataan hari ni, dia terus mendakwa kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menghalang usaha untuk menyedarkan orang Melayu melalui acara Proklamasi Melayu. 

Mahathir sepatutnya menjadi tetamu kehormat pada pelancaran sebuah “proklamasi Melayu” yang sepatunya berlangsung pada 9 Mac di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Dia dianjurkan sebuah kumpulan yang bernama Sekretariat Tanah Air untuk membincangkan isu-isu berkaitan masyarakat Melayu.

Mahathir mendakwa kerajaan cuma mengunci mulut Melayu susulan pembatalan tempahan lokasi acara. MK

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *