SPEKULASI hangat tercetus mengenai pelakon dan pengarah Fauziah Ahmad Daud yang akan menamatkan zaman ‘jandanya’ tidak lama lagi.

Ini berikutan Fauziah yang lebih mesra disapa Kak Ogy akan mengadakan majlis istimewa, minggu depan.

Ogy mengakui kini hanya menghitung waktu menanti hari disifatkan penuh bahagia itu.

Menerusi hantaran dalam Facebook, Ogy menjelaskan sudah menerima pinangan selain tidak sabar menantikan detik itu.

“Pada mulanya dirisik, kemudiannya masuk meminang. Pinangan diterima. Majlis minggu depan, tak sabarnya kita,” catatnya.

Tinjaun di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan supaya urusan Kak Ogy dipermudahkan dan segala yang dirancang sentiasa beroleh kebahagiaan.

“Alhamdulillah, tahniah. Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya.

“Kami bersyukur sangat. Semoga Kak Ogy mendapat kebahagiaan dan kekal hingga akhir hayat.

Alhamdulillah, tahniah guru kesayangan saya. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk anda. Saya sangat gembira,” antara komen netizen.

Ogy turut memuatnaik hantaran sama di Instagram beserta kapsyen yang menggambarkan perasaannya ketika ini.

“Berdebar-debar hatinya. Selepas sekian lama, akhirnya. Alhamdulillah,” katanya. 

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *