Ngeri, seorang pekerja pembinaan sedang menanggung kesakitan kerana tersepit dengan besi kren.

Tragedi kren runtuh pembinaan lebuh raya SUKE berhampiran Alam Dami, Cheras.

Menurut Ketua Operasi Bomba, setibanya pasukan bomba di lokasi berlakunya kejadian melibatkan struktur besi Kren Launcher pembinaan lebuhraya telah jatuh ke bawah dan menghempap sebuah kereta Bezza (BNW 5241).

Kejadian melibatkan 4 orang mangsa. Seorang mangsa warganegara Malaysia iaitu pemandu kereta mengalami kecederaan parah kerana kereta beliau telah terhempap besi kren launcher.

Manakala 3 orang mangsa lagi
adalah merupakan pekerja projek pembinaan tersebut dipercayai 2 orang
mangsa telah jatuh setinggi 120 kaki dan telah disahkan meninggal dunia.

Seorang lagi mangsa masih tersangkut di landasan pembinaan lebuhraya
dan kerja-kerja penyelamatan mangsa sedang dijalankan oleh anggota
bomba.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *